LAMAN INI ADALAH UNTUK TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN MENYUMBANG SEBARANG RENCANA - PENGALAMAN MANIS ATAU DUKA, MELANCUNG, PEKERJAAN, CERITA FAMILI YANG BOLEH DIJADIKAN PEDOMAN, PUISI - APA SAHAJA UNTUK DI KONGSIKAN BERSAMA.
JIKALAU BOLEH SERTAKAN DENGAN GAMBAR YANG BERKAITAN SEKEPING DUA UNTUK MENGHIASI RUANGAN INI. TERIMA KASIH
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
|
Salam dari Amman Jordan ....
Assalamualaikum wbt.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Surau As-Sakeenah kerana berjaya mengendalikan laman webnya.
Alhamdulillah,walaupun saya jauh dari tanah air, saya berpeluang juga mengikuti perkembangan-perkembangan pihak Surau As-Sakeenah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui laman web tersebut. Melaluinya, dapat juga saya menimba sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk dimanfaatkan.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengongsi pengalaman saya ketika berada di luar negeri, khususnya di Amman, Jordan.
 
Sebagai seorang anggota keluarga Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan, melalui Persatuan Wanita kami, ia itu, PERWAKILAN, kami berusaha juga untuk mengadakan pelbagai aktiviti.Aktiviti-aktiviti amal seperti bazar-bazar tahunan, majlis -majlis ceramah, kelas-kelas tadarus, masakan dan kraftangan kerap diadakan.Ketika ini PERWAKILAN mempunyai seramai dua belas orang ahli.
Aktiviti-aktiviti tersebut di atas diadakan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan ketrampilan ahli-ahlinya di samping mengharumkan nama negara di kalangan masyarakat tempatan khususnya di Jordan dan masyarakat antarabangsa amnya.
Selain dari itu juga diadakan aktiviti bagi mendampingi pelajar-pelajar Malaysia di Jordan ia ini bertujuan untuk memupuk hubungan silaturrahim dan kemesraan di antara ahli keluarga Kedutaan dengan pelajar-pelajar tersebut.Sebagai makluman, terdapat seramai lebih kurang lapan ratus (800) orang pelajar Malaysia di Jordan.
Bazar tahunan 2009 Amman |
Acara sukan bersama pelajar Malaysia |
ASEAN LADIES' Circle Amman  |
Akhir kata, diharapkan agar usaha-usaha murni pihak Surau As-Sakeenah ini dapat diteruskan demi agama suci kita serta kebaikan kita bersama.
Sekian dan wassalam.
Hjh Jameah Mohd.Jan
Amman
Jordan
************************************************************************************************************* Khabar dari Sg Petani ...
Akhbar Metro 12 Ogos 2009
HPA City RM100 juta di Shah Alam
HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.
Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine, Radix Bakery House, Radix Piza Hut, Restoran Organik Recipe, Hotel El Zehra Inn, HPA Homestay, HPA Ilham Holiday, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.
Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.
“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.
“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam. 
Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.
HPA mengeluarkan berbagai produk kegunaan harian, kosmetik, produk untuk wanita dan bayi, makanan kesihatan, penawar penyakit, minuman berkorbonat seperti radix cola, dan makanan basah seperti ayam radix organik, yang dijamin Halalan dan Thyaiban dari mula pemerosesan sehingga akhir. Bermottokan ‘Produk Halal Tanggung Jawab Bersama’, syarikat ini memberi penekanan kepada etika kerja, produk dan perniagaan berlandaskan syariat Islam.
Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.
Hj Yusof Mustapha
Kedah Darul Aman
*************************************************************************************************************
Sumbangan:
Hjh Siti Akmar Bte Abu Samah
Jalan Firasat U2/13
Taman TTDI Jaya
When the Going Gets Tough …
In one of my research papers on Creating Talent Pool in Succession Planning for Effective Academic Manager Selection under the heading - Coping with challenge and hindrance stressors in teams : Behavioral, cognitive and affective outcomes and the effects on subconscious and conscious goals in employee performance - it is interesting to note that most individuals are affected by the negative feedback and responses 'traveling around' that have unfortunately, devastating consequences on one’s creativity and performance. These negative vibes in turn, hinder the latent potentials in every individual.
On this note, I would like to share some words of wisdom that I feel will help us discover the true intention of everything we do in this life.
Let us ponder these wonderful words even though they may come from a non-muslim but this gentle reminder will benefit all muslims as well in general …
People are often unreasonable, illogical and self-centred. – Forgive them anyway!
If you are kind, people may accuse you of selfish ulterior motives. – Be kind anyway!
If you are successful, you will win some false friends and some true enemies. – Succeed anyway!
If you are honest and frank, people may cheat you. – Be frank anyway!
What you spend years building, someone may destroy overnight. – Build anyway!
If you find serenity and happiness, people may be jealous. – Be happy anyway!
The good you do today, people will often forget tomorrow. – Do good anyway!
Give the world the best you have, and it may never be enough. But give the world the best you have anyway!
You see, in the final analysis, it is all between you and God; it was never between you & them anyway ....
- Mother Teresa
In addition to that, being muslims we have to, all the time take heed over the incident that happened to Luqman Al-Hakim in the famous story of people’s comments about him, his son and their donkey!
So the story goes ....
Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbadingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik menungang di atas keldai, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut. Waktu orang melihat keadaan tersebut, mereka berkata:
"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."
Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan dan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh oran lain, lalu mereka berkata:
"Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? Supaya keldai cepat mati! Betul-betul tiada hati perut!."
Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian orang lain berkata pula:
"Orang tua berjalan kaki dan anaknya bersenangan di atas keldai. Tidak kesian ke pada si bapak itu, berjalan kaki. "
Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh orang lalu mereka yang melihatnya berkata:
"Keldainya kosong tidak dikenderai, aneh sungguh! Sudah ada kemudahan kenapa tidak digunakan. Bodoh betul dia orang ini. Berjalan kaki pulak mengiringi keldai!"
Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk.
Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Allah. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Kita lakukan segala-galanya kerana Allah dan jangan terpengaruh dengan kata-kata manusia.
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." (Luqman: 33)
******************************************************************************************************************
Page: 1
|